BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 21, 2010

~aku da kerje daaa~

hampir 3 minggu aku keje part time kat hotel..akhirnye sume tu berakhir...berkat doa dri sume aku leh gak join oil and gas industry...aku nk review blik pe yg brlaku sblm aku p itvw kat KSTB. shri sblm 1st stge intvw-time tuh aku mmg da kat kl..aku bukak email then nengok de email soh p itvw n kene bwak sume crtfcte..mampossss...aku mai kl hape pon x bwak..ikotkn hati aku da xmo p da...tp awek aku soh tepon abh haku soh pas kn file crtfcte haku kat drvr bas yg stop kat restrn kg haku..tp abh haku nih jnis len cket..susah nk caye kat org len yg bliau x knal...

akhrnye bliau mai kl sndri mlm tuh tok anta crtfcte haku..sgguh trharu haku time tuh..bersusah pyah abhku mai kl demi ank nye..huhu..sok tuh abh haku tros blik..then haku pon p la 1st stage itvw tuh...aku x ykin pon leh pas 2nd stge itvw..tp smggu pastu hr KSTB cll gtau aku leh 2nd stge itvw..bapak ah hepi giler babeng haku time tuh..hehe..tp baru 2nd stge beb..lom kompom lgi...setau haku yg pas 2nd stge lbh gak dri 10 org..yg nk d hambik nye 3 org je..lgi ah haku x ykin..

p intvw x prepare pape pon..twkal je time tuh..sib bek ah itvw non formal..soklan bese2 je..tp de gak ah soklan yg mnusuk kalbu..soh aku xplain sal well compltion n drilling..pa lagiii..goreng je ah pe yg patot..hahaha...semiggu pas itvw tuh hr call blik...bile aku dgq bliau habaq congrtltion time tuh haku ase cm x jejak kat bumi yg nyata je..roh haku cm berpisah je dri jasad haku...hihi..x sgke haku leh pas due2 itvw tuh..bravo2..thniah kat dri haku sndri..2 ler sdikit sbnyk liku-likuan sblm haku leh keje ngn KEJURUTERAAN SAMUDRA TIMUR BERHAD..:-)

Sunday, April 25, 2010

temaN kau sentiasa disisi..

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan2 dalam sebuah kampung.....Tiba2 CINTA terjatuh dalam telaga...WHY????kerana CINTA ITU BUTA....lalu KAWAN pun ikut terjatuh dalam telaga.....WHY?????kerana ....KAWAN akan buat apa saja demi CINTA!!!!Di dalam telaga CINTA hilang....WHY?????kerana CINTA itu halus,mudah hilang kalu xdijaga,sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap......Sedangkan KAWAN masih tercari2 dimana CINTA dan terus menunggu...WHY????kerana KAWAN ITU SETIA dan akan kekal sebagai KAWAN yang SEJATI.....

Sunday, April 18, 2010

ERTI SEBUAHPERSAHABATAN

Dalam hidup ini,
Kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri
Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana
Mempunyai sahabat yang memahami kita,
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
Begitulah juga dirinya,
Tetapi kita sering lupa akan hal itu.
Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela
dirinya.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.tetapi kita sering lupa..
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,
Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan
kita,
Harapan dan impian juga kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang kita terlupa,
Sahabat kita juga ada
cerita yang ingin dikongsi bersama kita,
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbang dan rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan
kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya,
Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa
dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai,
Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar
tidak rebah..?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya
bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut,ada rasa
bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat.
Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia
tidak setabah yang kita sangkakan,
Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan.
Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu
Tetapi jika kita cuba
jadi sahabat sepertinya,
Mungkin kita akan tahu

RENUNGILAH

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL
SEGALA-GALANYA.

Cara untuk untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah mmberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan

WALLAHUALAM

2 minit jer

Tolonglah Ambil Masa 2 Minit Untuk Membaca Ini....
.....Allah saja yang tahu...
kalau lebih dua
minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat
lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang
berunsur agama

Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk
luangkan masa membaca? berapa banyak????
wallahuaallam..

Setakat Satu Putaran

Imam Abu Laits as-Samarqandi atau nama penuhnya Nashr bin Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim al-Faqih al-Hanafi rahimahUllah (wafat 373H), menceritakan bahawa pernah satu ketika Imam Hasan al-Bashri RA melihat seorang lelaki bertawaf mengelilingi BaitUllah dengan membawa sebuah keranjang besar dari daun kurma.

Maka Imam Hasan menegur lelaki tersebut dengan katanya: "Wahai tuan, lepaskanlah keranjangmu, hormatilah kesucian BaitUllah."

Lelaki tersebut menjawab: "Wahai Syaikh, dalam keranjang ini ada ibuku. Aku telah menggendongnya di bahuku sebanyak 7 kali haji. Aku menggendongnya dari kediamanku di kawasan Syam yang paling jauh hingga ke sini. Aku mengelilingi tempat-tempat perlaksanaan haji dan juga BaitUllah sambil menggendongnya, maka apakah aku sudah memenuhi haknya?"

Imam Hasan menjawab: "Seandainya kamu menggendongnya di atas bahumu selama 70 tahun dari belahan bumi yang paling jauh, maka itu pun kamu belum memenuhi hak ibumu dan barangkali apa yang telah engkau lakukan itu hanya untuk satu kali engkau berputar dalam perutnya."

Saturday, April 17, 2010

~K11 kne musibah~

baru2 neh k11 di kejotkn dgn 4 org pnghuninye d jngkiti denggi..pe suda jdi??ke manekah hlngnye makcik2 n pakcik2 cleanr klj 11??x buat keje kah??or mereka kah yg membiak nymuk2 aedes itu??persoalan ini msh blom terungkap..ekoran dri kes itu hampir tiap2 mggu k11 d sembur ngn asap pe tah org pggil tuh (aku x reti nk sebot)..dan yg mnjdi mngsenye bkn nymuk2,tp pnghuni k11 sndri..sesak nafas mnghidu asap tersebot..yg x bestnye skunk neh aku lak yg ase x brape sehat..adekah aku pon +ve denggi??tidakkkkkkk..jauhi aku dri malapetaka..aku x kwin ag..xase nkmat hdup lg..yaaa aku xbleh sakit..aku msti kuat...so kpda pnghuni2 utm,beringatlah..bala yg Allah nk bgi bile2 mase je..x tggu pon time kite da tue..so p/s ku bertaubatlah sblm terlambat..pintu taubat msh terbuka untuk umatNya.....

Thursday, April 15, 2010

Cara-cara nak cover malu...

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai.... lepas tu baru
bgn bila takder org nampak....

2. Kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda
semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya org ingat anda saje2 buat lawak.....

3. Kalo terjatuh tangga: Trus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk
halus...

4. Kalo terjatuh dlm longkang: Pungutlah sampah
yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org
menyangka anda seorg yang amat prihatin
terhadap kebersihan.

5. Kalo jatuh ketika nk naik bas: Jeritlah
kuat2... "oii! Apa tolak2 ni?". walaupun tiada org di
blakang anda.

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: Terus buat2
pengsan sehingga ada org membantu anda... kalo
takde.. baring trus sampai mlm dan takder org kat
bus stop tu.. haaa.. nilah masa yg sesuai utk
bangun semula.

7. Kalo jatuh tergelincir kt lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kt sebelah anda)
utk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang jer yang dpt malu... ye tak?.

Monday, April 12, 2010

~bila aku sudah tiada~


Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…

Sunday, April 11, 2010

SIFAT SESEORANG MELALUI CARA DIE MEROKOK

1.Bila tengah-tengah orang ramai lagi lagi pompuan, dia mula nyala rokok.
Diorang ni jenis tak berapa ada keyakinan diri. Biasa la kononnya ingat bila hisap rokok nampak bergaya dan macho habis dan mampu mengalihkan perhatian awek ke arah mereka.

2.Kita pau rokok dia semalam. Hari ni dia pau rokok kita pula. Padahal dia ada sangat rokok dalam kocek.
Sifat dendam tu jelas menebal di jiwa. Jenis ni selalunya berkira tambah-tambah lagi time dia nak pau kita balik lepas tu kita tak kasi. Hah lepas tu mulalah mengungkit. Elok pau je rokok banyak-banyak kat orang macam ni.

3.Hisap rokok, lepas tu bas sampai (bas aircond), padam api rokok dan simpan baki rokok dalam kocek @ hisap rokok, nasi goreng sampai, padam api rokok dan simpan. Lepas makan sambung balik.
Yang ni jenis berjimat-cermat .Tengok keadaan juga. Kalau time rokok banyak pun dia buat macam ni maknanya memang golongan yang betul-betul berjimat cermat dan tak suka membazir. Kalau time rokok kecil saja dia buat, maknanya memang duit dah nak kering la tu.

4.Hisap rokok sikit, boring, buang @ hisap rokok, nasi goreng atau bas sampai, terus buang padahal baru nyala.
Diorang ni jenis sombong dan egois. Kadang-kadang tu jenis tak sedar diri dan suka membazir.

5.Hisap selagi ada
Jenis macam ni memang cool dan mementingkan kesempurnaan. Selagi ada rokok diorang hisap. Golongan ni tak berkira sangat pasal duit. Janji mereka dapat kepuasan daripada apa yang dilakukan. Orang macam ni memang sebati dengan asap rokok dan bau rokok.

6.Hisap rokok jenis hembus merata
Ini jenis berlagak dan besar kepala. Asyik dia saja yang betul. Suka jadi ketua. Suka arah-arah orang. Ni kalau naik motor dengan orang macam ni bahaya. Tak ada nak ingat ingat orang tersayang.

7.Hisap rokok mulanya bukan main eksyen. Lepas tu tiba-tiba saja tangan letak kat bawah dan cover rokok. kalau dalam gelap, cover bara rokok.
Yang ni jenis penakut atau dengan kata lainnya, tak dapat lesen besar lagi dari mak bapa.

8.Rokok jenis beli batang lepas tu keluar rokok dari kocek dah kempis kempis bengkok sambil lurut lurut rokok perlahan-lahan kasi straight.
Yang ni aku dah jarang jumpa. Masa sekolah sekolah selalu la nampak. Mungkin ramai orang sekeliling aku dah meningkat taraf hidup. Diorang ni mungkin juga dalam golongan tak dapat lesen mak bapak. Ye la kalau beli yang kotak kang, mak dia jumpa dalam poket seluar puas pula nak menjawab.

9.Hisap rokok makan cokelat angin.
Taktikal. Atau mungkin takut kegiatannya dapat dikesan pihak bertanggungjawab. Atau mungkin mahu mem-balance-kan mulut supaya dalam keadaan selesa dan seterusnya membuka selera untuk hisap lagi sebatang dan sebatang.


Thursday, April 8, 2010

pelayan restoran

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.

Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"

"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif".

Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"

"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia balik kedalam seluar?"

"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."