BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 11, 2010

SIFAT SESEORANG MELALUI CARA DIE MEROKOK

1.Bila tengah-tengah orang ramai lagi lagi pompuan, dia mula nyala rokok.
Diorang ni jenis tak berapa ada keyakinan diri. Biasa la kononnya ingat bila hisap rokok nampak bergaya dan macho habis dan mampu mengalihkan perhatian awek ke arah mereka.

2.Kita pau rokok dia semalam. Hari ni dia pau rokok kita pula. Padahal dia ada sangat rokok dalam kocek.
Sifat dendam tu jelas menebal di jiwa. Jenis ni selalunya berkira tambah-tambah lagi time dia nak pau kita balik lepas tu kita tak kasi. Hah lepas tu mulalah mengungkit. Elok pau je rokok banyak-banyak kat orang macam ni.

3.Hisap rokok, lepas tu bas sampai (bas aircond), padam api rokok dan simpan baki rokok dalam kocek @ hisap rokok, nasi goreng sampai, padam api rokok dan simpan. Lepas makan sambung balik.
Yang ni jenis berjimat-cermat .Tengok keadaan juga. Kalau time rokok banyak pun dia buat macam ni maknanya memang golongan yang betul-betul berjimat cermat dan tak suka membazir. Kalau time rokok kecil saja dia buat, maknanya memang duit dah nak kering la tu.

4.Hisap rokok sikit, boring, buang @ hisap rokok, nasi goreng atau bas sampai, terus buang padahal baru nyala.
Diorang ni jenis sombong dan egois. Kadang-kadang tu jenis tak sedar diri dan suka membazir.

5.Hisap selagi ada
Jenis macam ni memang cool dan mementingkan kesempurnaan. Selagi ada rokok diorang hisap. Golongan ni tak berkira sangat pasal duit. Janji mereka dapat kepuasan daripada apa yang dilakukan. Orang macam ni memang sebati dengan asap rokok dan bau rokok.

6.Hisap rokok jenis hembus merata
Ini jenis berlagak dan besar kepala. Asyik dia saja yang betul. Suka jadi ketua. Suka arah-arah orang. Ni kalau naik motor dengan orang macam ni bahaya. Tak ada nak ingat ingat orang tersayang.

7.Hisap rokok mulanya bukan main eksyen. Lepas tu tiba-tiba saja tangan letak kat bawah dan cover rokok. kalau dalam gelap, cover bara rokok.
Yang ni jenis penakut atau dengan kata lainnya, tak dapat lesen besar lagi dari mak bapa.

8.Rokok jenis beli batang lepas tu keluar rokok dari kocek dah kempis kempis bengkok sambil lurut lurut rokok perlahan-lahan kasi straight.
Yang ni aku dah jarang jumpa. Masa sekolah sekolah selalu la nampak. Mungkin ramai orang sekeliling aku dah meningkat taraf hidup. Diorang ni mungkin juga dalam golongan tak dapat lesen mak bapak. Ye la kalau beli yang kotak kang, mak dia jumpa dalam poket seluar puas pula nak menjawab.

9.Hisap rokok makan cokelat angin.
Taktikal. Atau mungkin takut kegiatannya dapat dikesan pihak bertanggungjawab. Atau mungkin mahu mem-balance-kan mulut supaya dalam keadaan selesa dan seterusnya membuka selera untuk hisap lagi sebatang dan sebatang.


0 comments: